presteam

Daisypath Vacation tickers

Wednesday, January 27, 2010

Love Story



"cinta, tegarkan hatiku
tak mau sesuatu merenggut engkau
naluriku berkata, tak ingin terulang lagi
kehilangan cinta, hati bagai raga tak bernyawa"

Bila disebut tentang cinta, pasti ramai yang tertarik dengannya.
Cinta itu indah, cinta itu bahagia,
Siapa yang tidak mahu bercinta?
Bila diri menyayangi dan disayangi.
Memang bahagia.
Tapi sejauh mana kita kenal cinta tersebut?
Itu menjadi persoalan dalam diri masing-masing.
Cinta sedalam lautan, cinta setinggi gunung dan macam2.

Cita pasti ada kisah cinta masing-masing,
cinta monyet, cinta kampus, banyak kisah cinta,
aku pernah bercinta suatu ketika dahulu,
seronok sebenarnya bercinta ni. ade org care pasal kita, ada tempat untuk kita berkongsi masalah. tp, sampai suatu tahap, aku terfikir sendiri..
bagaimanakah hubungan kami kami berakhir?
sucikah cinta kami sebagai mana cintaku padaNya?
aku hampir buntu..
aku x nmpak hubungan kami diakhiri dengan perkahwinan dan rumahtangga,
hatiku juga adakalanya tidak tenteram sepanjang menjalin cinta dengannya.
aku menjadikan hati sebagai neraca. aku berdoa diberikan petunjuk.
akhirnya, aku putuskan hubungan kami. aku memberitahunya aku tidak dapat meneruskan hubungan kerana komitmen ku pada perkara lain dan ingin teruskan hubungan sebagai sahabat. dia tersenyum, namun jauh disudut hatinya ku tahu jauh dari apa yg tergambar diwajahnya. aku tidak berkesempatan untuk menjelaskan segalanya.

hatiku tenang...
namun ku serba salah.. tenangkah hatinya disana?
aku hanya mampu berdoa.
ku yakin inilah yang terbaik bagiku dan dirinya.

masa telah berlalu,
kuharap lukanya telahpun sembuh.
aku percaya padaNya. sesungguhnya, Dialah yang menentukan segala-galanya. kisah yang lalu menjadi sesuatu yang amat beharga bagiku, mematangkan aku, memberi aku sedikit erti tentang cinta. cinta itu sememangnya indah. akan tetapi, indah lagi jika disulami kasih sayang dan tanggungjawab dalam rumahtangga kelak.
ku harap dia mengerti.
kini, kulihat cinta dari sudut yang berbeza. aku percaya pada jodoh.
suatu hari nanti, bila tepat masanya, Allah akan pertemukan aku dengan seorang wanita yang akan menjadi isteriku. dialah jodohku.
sementara itu, biarlah aku melata di bumi ini mencari redha dan memantapkan lagi CINTA padaNya. Insya Allah..

0 comments: